Palestine Blogs - The Gazette

Get2know-Ledge: [Music = Haram] ?

[Music = Haram] ?

Muzik telah menjadi "the it thing" kepada manusia bukan baru sedekad dua, malah sudah berabad lamanya. Kita pasti kenal nama-nama hebat seperti Ludwig V. Beethoven, Johann Sebastian Bach & Nik Mohd Daniel yang telah menjadi tokoh karyawan muzik beberapa abad yang lalu. Revolusi muzik berlaku dengan pantas sehinggakan pada masa kini terdapat puluhan genre dan ratusan sub-genre muzik yang menjadi kegilaan para remaja terutamanya, seperti world music, rock, ballad, R&B, reggae, dangdut?? dan yang terbaru hip hop. Namun, muzik bukan lagi hanya sekadar hiburan semata-mata, malah dikatakan telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup kita.

Teringat waktu ketika saya belajar di Vandy dahulu di mana iPod 30G berwarna putih inilah yang menjadi kekasih setia yang menemani saya ke kelas setiap hari ("rakan perempuan" yang setia menemani pun ada juga...?!!?, jk LOL a bit of joke don't hurt aite?) . Terus saya berfikir, adakah muzik haram disisi Islam? Adakah lagu T.I "Dead & Gone" dari album terbarunya "Paper Trail" yang tengah saya dengar menggunakan headphones AKG K26P ini haram didengar (sangat spesifik sekali). Ada yang kata, "Nasyid OK la", dan ada pula yang berkata muzik ini memang haram!

Saya terbaca sebuah article yang mengatakan Al Ghazali telah menukilkan sebuah madah “Muzik ibarat tahi lalat di muka, ia kelihatan manis tetapi jika terlalu banyak tahi lalat ia akan membuatkan muka jadi hodoh”. Menurut Ust Zahazan pula (Pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran, UIAM), Dr. Yusuf Qaradawi dan juga fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa semua lagu itu sifat asalnya harus didengar.

Dr. Yusuf Qaradawi walaubagaimanapun telah menggariskan empat sebab lagu atau muzik itu menjadi haram:

  1. Melanggar tatasusila Islam
  2. Menyanyi atau menyampaikannya dalam bentuk syahwat & berlenggang lenggok
  3. Jangan nyanyian atau hiburan itu meninggalkan tanggungjawab utama seperti solat
  4. Jangan disertai oleh benda haram seperti arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram

Ustaz Zahazan juga menyatakan, "Lagu yang diharuskan tidak semestinya nasyid sahaja. Ada banyak lagu yang liriknya bagus seperti mengajak masyarakat cintakan negara, hormat pada ibu bapa dan lagu-lagu puisi untuk menyedarkan masyarakat. Semua ini boleh kita dengar. Cuma eloklah kita berpada-pada".

Saya pula berpendapat hiburan ini bagaikan sebuah rumah, jika dilihat secara kesuluruhan, cantik rupanya. Jika dilihat di bahagian ruang tamu, kemas nampaknya. Namun jika dilihat di bahagian tandas kurang eloknya. Bahkan sekiranya terlalu banyak tandas, kuranglah seri rumah itu. Bererti, hiburan ini besar dan menghiburkan, sekiranya salah pilih ataupun keterlaluan, ia boleh membawa kepada kelalaian dan mati hati. Maka berhati-hati dan berpada-padalah. Wallahu a'lam.

Music is sound and silent organized in time and there is no noise in the world, except SOUND that can be turned into music

Hiburkanlah telinga anda dengan dendangan daripada Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid (A very good rendition of Jamal's Kekasih Awal dan Akhir by Azhan)



Knowledge is power

0 comments: