Palestine Blogs - The Gazette

Get2know-Ledge: Music
Showing posts with label Music. Show all posts
Showing posts with label Music. Show all posts

Jika Anda... Bermain Muzik



Jika Anda... Bermain musika...

Kehidupan di Paka sangat tenang. Malah terlebih tenang seperti seekor dugong. Semenjak kebelakangan ni rasanya otak macam wank sikit, keupayaan berfikir menjadi semakin perlahan, otak semakin kurang kreatif, dan selalu penat. Walau bagaimana pun keupayaan makan masih mantap~

Tiba-tiba teringat kata-kata steve carell dalam movie 40 yr old virgin, "If you don't use it, you will lose it?", BUT he's referring to other thing though. Macam engine kereta, lama sangat tak pakai memang susah nak start engine. Sebab itu engine maintenance is a must.

Untuk otak pulak membaca (nodding) + muzik (huh?) is the maintenance. Yes sir, MUSIC.

Disebabkan saya sangat malas membaca, kalau baca pon baca comic or engineering stuffs yang akan menyebabkan otak semakin penat, maka mendengar muzik adalah pilihan tepat. Memang berbaloi-baloi. Menurut kajian daripada beberapa researchers gila di University of Wisconsin, mereka yang mendengar Mozart's telah meng-improve-kan mathematical reasoning mereka. Malah, tikus pon dapat keluar dari maze dengan lebih cepat setelah mendengar Mozart's (walaupun mungkin kebetulan jer masa tu).

Tapi jangan dengar sahaja, GET INTO IT!!! Bermain alat muzik seperti guitar, piano, violin, bongo? etc boleh menajamkan lagi daya pemikiran seseorang. Ketepatan jari, penelitian note, ketajaman pendengaran, kesemuanya boleh menyumbang kepada perkembangan daya pemikiran termasuk mengekalkan memori. Tapi kepada adik2 yng masih belajar, banyak sangat main muzik tp tak buat homework pon tak elok jugak kerana ia boleh menyumbang kepada penguncupan daya pemikiran (itu hasil research saya sendiri lah~, paper belom tulis lagi tapi) .

Relaxation~ itu yang kebanyakan orang cari melalui mendengar atau bermain muzik. Sebagai seorang super penggemar music yang telah mendengar jutaan lagu dari ratusan genre (dari black metal sampai ke Nasyid lah orang kata), saya beranggapan mendengar muzik bukan therapy yang kekal dan berpanjangan i.e not the best therapy, but it works.

Releksasi (perkataan baru) sebenar bagi saya ialah apabila kita melagu atau mendendangkan ayat2 suci Al-Quran atau mengagungkan nama-nama Allah kerana di situlah fitrah hati manusia yang sebenar. Tiada satu pon lagu di dunia ini yang dapat menenangkan hati seorang-yang-resah-dan-gelisah-sambil-berseorangan-di-bilik-semasa-keluarga-dan-rakan-tiada-disisi melainkan irama atau alunan ayatul Quran yang dilafazkan dari bibir sendiri *Berdasarkan kajian saya sendiri ke atas 3-4 orang lelaki dan dua orang rakan wanita yang nama mereka tidak perlulah di sebut. Maka banyakkan lah baca Quran, berzikir dan sebagainya. Indeed, it is the best heart/brain therapy.

Berbalik kepada cerita otak. Saya belajar bermain alat muzik dari percussion-drum-bass guitar dan yang terbaru acoustic guitar. Rasanya macam tak ada bakat sebab jari gemuk sangat susah nak main guitar. Tapi, even Bob KU2 pon power main guitar, so jari besar bukan lah excuse. Usaha tangga kejayaan. OK, just learned Situasi by Bunkface yesterday nite, let me perfect it so that you all can sing it along with me later on hahah =). Rock on!!!

*Tapi kalau teruk sangat xder bakat, I'ma sell that Rm400 ringgit epiphone guitar dekat Mudah hehe jk

So lesson learnt? Try new things in life to bring something different to your world. Don't let the world shapes you, Let you shape the world.

Knowledge is power

Scandalous Me

Being at home for 3 weeks with no car and literally no leg sure is boring. So I decided to cover Aku Scandal by Hujan, since that's pretty much the thing that I can do for now. Btw it wasn't really well played... the strings are becoming harder and splintering and hurts my finger so bad whenever I play it. I guess it's time for new strings!!! =)



Aku Scandal Bass Cover, Hujan

External bass by me!

Knowledge is power

[Music = Haram] ?

Muzik telah menjadi "the it thing" kepada manusia bukan baru sedekad dua, malah sudah berabad lamanya. Kita pasti kenal nama-nama hebat seperti Ludwig V. Beethoven, Johann Sebastian Bach & Nik Mohd Daniel yang telah menjadi tokoh karyawan muzik beberapa abad yang lalu. Revolusi muzik berlaku dengan pantas sehinggakan pada masa kini terdapat puluhan genre dan ratusan sub-genre muzik yang menjadi kegilaan para remaja terutamanya, seperti world music, rock, ballad, R&B, reggae, dangdut?? dan yang terbaru hip hop. Namun, muzik bukan lagi hanya sekadar hiburan semata-mata, malah dikatakan telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup kita.

Teringat waktu ketika saya belajar di Vandy dahulu di mana iPod 30G berwarna putih inilah yang menjadi kekasih setia yang menemani saya ke kelas setiap hari ("rakan perempuan" yang setia menemani pun ada juga...?!!?, jk LOL a bit of joke don't hurt aite?) . Terus saya berfikir, adakah muzik haram disisi Islam? Adakah lagu T.I "Dead & Gone" dari album terbarunya "Paper Trail" yang tengah saya dengar menggunakan headphones AKG K26P ini haram didengar (sangat spesifik sekali). Ada yang kata, "Nasyid OK la", dan ada pula yang berkata muzik ini memang haram!

Saya terbaca sebuah article yang mengatakan Al Ghazali telah menukilkan sebuah madah “Muzik ibarat tahi lalat di muka, ia kelihatan manis tetapi jika terlalu banyak tahi lalat ia akan membuatkan muka jadi hodoh”. Menurut Ust Zahazan pula (Pensyarah Jabatan Bahasa Al-Quran, UIAM), Dr. Yusuf Qaradawi dan juga fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa semua lagu itu sifat asalnya harus didengar.

Dr. Yusuf Qaradawi walaubagaimanapun telah menggariskan empat sebab lagu atau muzik itu menjadi haram:

  1. Melanggar tatasusila Islam
  2. Menyanyi atau menyampaikannya dalam bentuk syahwat & berlenggang lenggok
  3. Jangan nyanyian atau hiburan itu meninggalkan tanggungjawab utama seperti solat
  4. Jangan disertai oleh benda haram seperti arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram

Ustaz Zahazan juga menyatakan, "Lagu yang diharuskan tidak semestinya nasyid sahaja. Ada banyak lagu yang liriknya bagus seperti mengajak masyarakat cintakan negara, hormat pada ibu bapa dan lagu-lagu puisi untuk menyedarkan masyarakat. Semua ini boleh kita dengar. Cuma eloklah kita berpada-pada".

Saya pula berpendapat hiburan ini bagaikan sebuah rumah, jika dilihat secara kesuluruhan, cantik rupanya. Jika dilihat di bahagian ruang tamu, kemas nampaknya. Namun jika dilihat di bahagian tandas kurang eloknya. Bahkan sekiranya terlalu banyak tandas, kuranglah seri rumah itu. Bererti, hiburan ini besar dan menghiburkan, sekiranya salah pilih ataupun keterlaluan, ia boleh membawa kepada kelalaian dan mati hati. Maka berhati-hati dan berpada-padalah. Wallahu a'lam.

Music is sound and silent organized in time and there is no noise in the world, except SOUND that can be turned into music

Hiburkanlah telinga anda dengan dendangan daripada Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid (A very good rendition of Jamal's Kekasih Awal dan Akhir by Azhan)



Knowledge is power