Palestine Blogs - The Gazette

Get2know-Ledge: Masa Yang Telah Hilang

Masa Yang Telah Hilang

Assalamualaikum,

Terutama sekali kepada rakan-rakan seperjuangan di Vandy. Setelah berpuasa hampir setengah bulan di Malaysia, rindu pula rasanya kemeriahan meraikan Ramadhan di US, walaupun serba kekurangan dari segi juadah berbuka puasa (applies to kaum lelaki sahaja). Namun Nasi Arab di masjid tidak kurang hebatnya. Sedapnya nasi itu sehinggakan pinggan rasanya macam bocor, tau2 dah habis. Tak ker gitu Baba? (Selaku wakil Hero berbuka puasa).

Kalau di rumah ni, selepas menunaikan solat Isya' dan Terawikh, tibalah masanya untuk more (mue.ray). Baru sahaja semalam, kami sekeluarga menikmati kuih Akok & Pengat Pisang sebagai juadah more malah kelmarin pula Yong Tau Fu. Saya biasa panggilnya Leong Tau Fu, or to make it worst Hong Leong Tau Fu yang dibeli di bazaar Ramadhan. Sangat sedap!!!

Kuih Akok & Pengat Pisang

Walaubagaimanapun, di Vandy dahulu mewray tetap menarik. Setiap malam confirm pergi Starbucks and pekena sket Frappuccino, itu lah penyebab kenaikan berat badan saya ini. Siapa yang perlu disalahkan? Adakah rakan-rakan yang mengajak pergi ataupun diri sendiri?

Masa berlalu dengan pantas, tapi Alhamdulillah Allah telah memberikan kesempatan kepada saya tahun ini untuk berpuasa penuh dan beraya di KL bersama keluarga insyaAllah setelah 4 tahun tidak berpuasa dan beraya di Malaysia. Kalau berpuasa di Kerteh bagaimana rasanya? Mesti tidak seseronok di rumah.

Semoga kita semua diberi rahmat oleh Allah di bulan Ramadhan ini dan diampuni segala dosa kita, dan dipertemukan kita lagi dengan ramadhan yang akan datang. Banyakkanlah amal soleh.

Keluarga & rakan-rakan, Selamat Berpuasa.

Knowledge is power.

7 comments:

Anonymous said...

Fuh, tetibe je aku termuntahkhani di tepi katil, rupanya2 nama aku disebut2 dlm blog ini rupanya.

mommastereo said...

Alamak, sorry ar baba, aku penyebab ko batal pose... ko muntah hahaha

Akaboshi said...

engkau ni deni..gamba yg ko taruk tu menggiurkan a hahaha ades

Anonymous said...

internet ko mesti lajukn ....
tetiba je...
mcm best kalo makan tp lagi best tidooo

cuba teka sape ak..
(giler senang,hahahaha)

mommastereo said...

Baru nk masuk tido, hasan itu aku belom letak lagi gamba Hong Leong Tau Fu, kalau letak kang batal pose bebudak nie x dpt tahan tgk

geng smoothie??? aderkah Syamirza Ghulam Ahmad GM Khan lulz

Ashwaq said...

naseb bekkk aku bace blog ko nih time tengah moreh stabux...tade laa terliur sangat tengok kuih akok....hehehe

Anonymous said...

Haha welcome ah deni to the club. blog dah skrg! Hahah baru 2-3 hari lepas aku dok ingat peristiwa muntakhani, eh bukan ko ke deni yang first discover? Hahah.

Anyway, look forward ah konye posting yg seterusnya.

Amar